Review TP-Link Tapo C425: CCTV Bateri 2K Untuk Tengok Kucing Jiran
Suhaimi Sulong
Aku ni sebenarnya dah lama nak pasang CCTV kat rumah. Bukan sebab aku rasa rumah aku tak selamat, tapi sebab sekarang ni kes curi barang parcel kat luar menjadi-jadi, motor hilang, dan orang lalu-lalang depan rumah tu memang buat aku rasa tak sedap hati.
Aku duduk rumah aprtment. Ada porch kecil, dan kadang-kadang aku letak kasut, beg, atau barang delivery luar rumah. Aku nak tahu kalau ada orang datang masa aku takde, atau kalau ada yang usik barang aku waktu malam.
Masalahnya, CCTV biasa kena pasang wayar, kena upah technician, dan kena tebuk dinding sana sini. Rumah ni sewa. Jadi aku cari kamera yang wayar-less (betul ke aku tulis ni), guna bateri, dan boleh pasang sendiri tanpa tebuk sana sini. Tak nak lah nanti owner rumah aku bising pastu deposit aku burn.
Aku jumpa TP-Link Tapo C425 ni kat Shopee. Dia kamera outdoor 2K QHD, bateri 10,000mAh, IP66, ada AI detection untuk orang, haiwan, dan kenderaan, night vision berwarna, dan boleh guna microSD sampai 512GB tanpa subscription. Aku baca review, ramai bagi 5 bintang. Ada yang cakap gambar jelas, setting awal kena teliti sikit, tapi lepas pair memang senang. Jadi aku pun beli.
Kotak sampai, dan aku terus buka
Barang sampai dalam bungkusan hitam yang dililit dengan tape iBN. Kotak luar tak penyok, dan bila aku buka, kotak Tapo biru tu masih elok.

Dalam kotak ada kamera, base magnetik, skru dan wall plug, kabel charging, dan manual. Aku beli package yang ada microSD 128GB, jadi aku tak perlu beli SD card berasingan.

Kotak dia kecil, tak berat, dan senang simpan kalau korang nak simpan kotak untuk warranty. Ada juga label 2 tahun warranty dan PC Mag Editors' Choice pada kotak. Aku bukan jenis percaya sepenuhnya pada badge marketing, tapi sekurang-kurangnya ada jaminan rasmi.

Rupa dan base magnetik
Kamera ni berbentuk silinder, warna putih, dan nampak macam kamera keselamatan yang mahal sikit daripada harga dia. Bahagian depan hitam berkilat, dengan lensa di tengah, dua spotlight kecil, dan sensor.

Yang paling aku suka ialah base magnetik. Kamera ni melekat pada base guna magnet, jadi aku boleh pusing dan tilt dia tanpa buka skru. Kalau nak cas bateri, aku cuma tarik kamera keluar, bawa masuk, dan lekat balik. Tak perlu buka bracket.

Base tu sendiri masih boleh diskru ke dinding kalau korang nak pasang secara kekal. Tapi kamera tak perlu diskru. Ini yang buat aku rasa lebih senang berbanding CCTV biasa. Kalau korang sewa rumah dan tak nak tebuk dinding, korang boleh letak kamera atas rak yang stabil buat sementara waktu. Tapi untuk pemasangan kekal, base tu masih perlu diskru.
Setup: WiFi 2.4GHz dan app Tapo
Setup awal ambil masa sikit. Aku download app Tapo, create account, dan scan QR code pada kamera. Kemudian app minta sambung ke WiFi.
Di sini ada satu perkara penting: C425 ni support WiFi 2.4GHz sahaja, bukan 5GHz. Kalau router korang gabungkan dua band dalam satu nama, kadang-kadang kamera boleh keliru. Aku ada both band, jadi aku pilih 2.4GHz masa setup. Bagi yang baru first time, mungkin kena buka manual atau tengok YouTube dulu.
Lepas connect, aku bagi nama "Front Cam" dan letak dia kat atas pintu masuk. Dalam app, aku boleh tengok live view, playback dari SD card, set detection zone, set schedule, dan adjust notification. App dia simple. Kadang-kadang live view ambil masa dua tiga saat nak load, tapi tak lag sangat, just nice orang kata.
Gambar: 2K QHD dan 150 darjah
Kamera ni 4MP, 2K QHD, resolusi 2560 x 1440. Kotak dia cakap 1.7 kali lebih banyak pixel daripada 1080p, dan aku boleh nampak beza dia.
Siang hari, gambar clear. Aku boleh tengok dengan jelas muka orang-orang yang lalu depan rumah, dan kucing jiran yang nama dia Mickey kat depan rumah jiran aku ni. Warna pun natural, tak oversaturated.
Lens dia 150 darjah super-wide. Ini bagi sudut pandangan yang luas, sesuai untuk porch atau depan pintu. Tapi kena ingat, wide angle memang ada sedikit distortion kat tepi. Kalau orang berdiri sangat dekat tepi frame, muka dia boleh nampak melengkung sikit. Itu normal untuk lensa wide.
Malam: night vision berwarna
Ini feature yang aku paling suka. Kamera ni ada full-color night vision dengan starlight sensor dan dua spotlight. Maksudnya, bila gelap, dia masih boleh bagi gambar berwarna, bukan hitam putih semata-mata.
Aku boleh nampak kucing jiran datang jalan-jalan. Bulu dia, warna dia pun masih jelas. Bila ada pergerakan, spotlight menyala dan gambar jadi lebih terang.
Tapi ada trade-off. Spotlight dan full-color night vision makan bateri. Kalau korang set spotlight selalu menyala, bateri akan habis lebih cepat. Aku set auto, jadi dia hanya menyala bila detect motion. Kalau korang nak jimat bateri, boleh set night vision hitam putih guna IR.
AI detection: orang, haiwan, kenderaan
C425 boleh detect person, pet, dan vehicle. Aku set untuk detect people dan pets. Bila ada orang datang, notification masuk. Bila kucing jiran datang, pun notification masuk.
Aku suka sebab boleh filter. Kalau korang tak nak notification setiap kali kucing lalu, boleh set hanya untuk people. Ada juga activity zones, jadi korang boleh pilih kawasan tertentu sahaja yang trigger alert. Contohnya, aku tak kisah kalau ada orang lalu di depan rumah, tapi aku nak tahu kalau ada orang masuk bahagian grill depan tu.
Notification memang instant, tapi kalau kawasan korang banyak pergerakan, notification boleh jadi terlalu banyak. Aku tune sensitivity dan zone sehingga dapat notification yang orang kata sedang-sedang. Ini bukan masalah kamera, tapi setting yang korang kena pilih bersesuain dengan selera korang.
Bateri 10,000mAh: 300 hari?
Kotak dia klaim bateri boleh tahan sehingga 300 hari. Itu dengan andaian penggunaan tertentu, bukan 24/7 recording. Aku nak jujur: angka 300 hari tu bukan janji yang realitik la.
Bateri 10,000mAh tu besar untuk kamera saiz ni. Aku cas penuh sebelum pasang, dan selepas seminggu guna dengan motion-only recording, bateri masih tinggi. Tapi kalau korang set 2K sepanjang masa, spotlight selalu menyala, atau live view lama-lama, bateri akan habis lebih cepat.
Untuk kegunaan rumah biasa, aku rasa bateri boleh tahan 2-3 minggu, mungkin lebih lama kalau setting konservatif. Kalau korang nak 24/7 recording, jangan harap bateri sahaja. Kena pasang solar panel atau kabel power. Solar panel tak included, kena beli berasingan.
Storage tanpa langganan
Kamera ni boleh guna microSD sampai 512GB. Aku guna 128GB yang datang dalam package. Jadi aku boleh record dan playback tanpa bayar subscription bulanan.
Ada juga Tapo Cloud, tapi aku tak guna sebab kena bayar. Dengan SD card, footage tu disimpan dalam kamera. Tapi kena ingat: kalau kamera dicuri, SD card pun hilang. Jadi kalau korang nak backup, cloud atau NAS boleh jadi pilihan. Untuk kegunaan rumah biasa, SD card dah cukup aku rasa.
IP66, audio dan alarm
Kamera ni IP66 weatherproof. Dia tahan hujan dan habuk, dan boleh guna luar rumah. Aku letak kat pintu depan apartment yang memag tak kena hujan, jadi kau rasa takde masalah.
Ada two-way audio. Aku boleh dengar dan bercakap melalui app. Aku pernah guna untuk tegur delivery guy yang letak barang luar rumah. Dia terkejutla..haha tapi memang mantap, siap boleh bersembang lagi dengan abang tu. Audio ada sedikit lag, tapi masih boleh guna.
Ada juga customizable sound and light alarm. Bila detect motion, korang boleh set dia bunyi siren dan nyalakan spotlight. Aku belum guna siren sebab tak nak ganggu jiran, tapi feature ni berguna kalau korang nak bagi amaran.
Spesifikasi ringkas
- Model: TP-Link Tapo C425
- Resolusi: 4MP, 2K QHD 2560 x 1440
- Field of view: 150 darjah
- Night vision: full-color dengan starlight sensor dan dual spotlight
- AI detection: person, pet, vehicle
- Bateri: 10,000mAh rechargeable, klaim sehingga 300 hari
- Storage: microSD sehingga 512GB, cloud optional
- Weatherproof: IP66
- Audio: two-way audio
- Alarm: customizable sound and light alarm
- WiFi: 2.4GHz sahaja
- App: Tapo
- Pemasangan: base magnetik, bracket boleh diskru
- Warranty: 2 tahun
Apa yang aku suka
- 2K QHD clear. Plat kereta dan muka orang masih boleh dikenali.
- 150 darjah super-wide. Satu kamera boleh cover porch dengan luas.
- Full-color night vision dengan starlight sensor. Gambar malam masih berwarna.
- Dua spotlight yang menyala bila detect motion.
- AI detection untuk person, pet, dan vehicle. Notification lebih relevan.
- Activity zones. Boleh pilih kawasan yang nak alert sahaja.
- Bateri 10,000mAh. Tak perlu wayar, dan boleh cas semula.
- Klaim bateri sehingga 300 hari dengan penggunaan konservatif.
- IP66 weatherproof. Tahan hujan dan habuk.
- Two-way audio. Boleh tegur delivery guy dari dalam rumah.
- Sound and light alarm. Boleh set siren dan spotlight.
- microSD sehingga 512GB. Tak perlu langganan bulanan.
- Base magnetik. Senang pusing, tilt, dan tanggalkan kamera untuk cas.
- App Tapo simple dan senang guna.
- Warranty 2 tahun.
- Tak perlu upah technician atau tebuk banyak lubang.
Apa yang aku tak berapa suka
- WiFi 2.4GHz sahaja. Router 5GHz-only tak boleh guna tanpa ubah setting.
- Setup awal ambil masa sikit. Kena faham app dan WiFi band.
- Klaim 300 hari bukan untuk 24/7 recording. Bateri habis cepat kalau guna berat.
- Kena charge bateri dari semasa ke semasa. Kalau malas, kamera mati.
- MicroSD tak included dalam package asas. Pastikan korang beli package yang ada card.
- Audio ada sedikit lag. Masih boleh guna, tapi bukan macam telefon.
- Base masih perlu diskru ke dinding untuk pemasangan kekal. Kamera saja yang magnetik.
- App kadang-kadang lambat load live view.
- Solar panel tak included. Kena beli berasingan kalau nak cas berterusan.
- Takde 4K. 2K dah cukup untuk rumah, tapi bukan untuk zoom jauh.
- Notification boleh terlalu banyak kalau kawasan sibuk. Kena tune.
- Harga lebih tinggi sedikit daripada kamera murah. Tapi berbaloi untuk feature dia.
- Kalau kamera dicuri, SD card sekali hilang. Backup cloud perlu dipertimbangkan.
Patut beli ke tak? Kira kos sebenar
Jom kita tengok, camera ni sesuai tak dengan keperluan korang. Kalau sesuai boleh consider sebagai option.
Kos permulaan: harga C425, ditambah microSD kalau package korang tak termasuk. Aku guna 128GB, dan untuk rakaman motion-only, itu dah cukup untuk beberapa minggu.
Kos bulanan: Kosong kalau korang guna SD card. Tapo Cloud optional. Ini beza besar berbanding CCTV yang kena bayar subscription setiap bulan.
Kos tenaga: kamera ni guna bateri, jadi takde kabel power. Korang cuma cas semula bila perlu. Kalau korang nak cas berterusan, solar panel pula adalah kos tambahan.
Kos pemasangan: kosong kalau korang pasang sendiri. Base magnetik dan app buat kerja ni senang. Kalau korang tak nak tebuk dinding, letak kamera atas rak yang stabil buat sementara waktu; untuk pemasangan kekal, base masih perlu diskru.
Jadi soalan sebenar bukan "mahal ke murah", tapi "berapa lama ia bertahan". Kalau korang guna dua tiga tahun tanpa langganan, kos bulanan dia hampir kosong. Itu yang buat aku rasa berbaloi.
Bila ia tak sesuai
C425 bukan sesuai untuk semua orang. Kalau korang nak rakaman 24/7 tanpa henti, kamera bateri ni tak sesuai. Korang perlukan kamera berwayar atau PoE (Power over Ethernet cable so korang pakai satu cable je).
Kalau rumah korang besar dan perlukan empat enam kamera, satu C425 tak cukup. Korang kena kira kos setiap unit, SD card, dan mungkin solar panel. Untuk satu dua titik penting macam porch dan pintu belakang, dia ngam.
Kalau korang perlukan zoom optik atau 4K untuk baca plat jauh, C425 pun bukan pilihan. Dia kamera wide untuk jarak dekat dan sederhana.
Verdict
TP-Link Tapo C425 ni bukan CCTV keselamatan tahap profesional. Dia kamera bateri untuk rumah biasa, dan jujur cakap untukl kegunaan aku untuk monitor depan apartment memang ngam.
Gambar 2K clear, night vision berwarna, AI detection yang boleh filter, dan storage tanpa subscription. Base magnetik pulak memang senang nak pasang. Bagi aku, itu kombinasi yang nice dan berbaloi pada harga tu.
Kalau korang duduk rumah sewa, tak nak tebuk banyak lubang, dan nak tengok porch atau kucing jiran tanpa bayar bulanan, C425 ni memang masuk shortlist. Cuma pastikan ada WiFi 2.4GHz, beli microSD, dan jangan harap bateri 300 hari kalau korang set 24/7.
Rating PilihanBijak
Sangat disyorkan
Berdasarkan pengalaman aku sendiri dan review pemilik lain di Shopee.